Skip to main content

Bola Jaring

Sukan SEA Thailand: Gandingan pemain senior, junior galas cabaran negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola_1.jpg
Melakar hatrik pingat emas di temasya Sukan SEA 2025 menjadi buruan barisan pemain bola jaring kebangsaan, dengan Thailand bakal menjadi pentas sejarah itu tercipta.

Bagi kapten bola jaring negara, Nur Syafazliyana Mohd Ali, dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia sepenuhnya.

Meskipun hampir 90% pemain junior yang membarisi skuad ketika ini, peluang untuk mereka mencipta kejutan tetap tinggi.

"Bagi saya tiada masalah kerana mereka berlatih sepenuh masa, jadi saya rasa keserasian mereka kuat.

"Permainan sama, mereka ada kelajuan tetapi untuk strategi dan bacaan permainan pemain senior lebih mahir.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad negara, Choo Kon Lee, menyifatkan segala eksperimen telah dilakukan untuk mendapatkan gandingan mantap, malah pasukan negara tetap perlu berwaspada ancaman dari negara lain.  

"Hanya tinggal dua pemain senior, pemain junior sudah dapat banyak pendedahan. Tidak juga tenang tetapi strategi dan taktikal perlu kemas.

"Pasukan lawan kita adalah Singapura, saya rasa mereka boleh." ujarnya,
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video