OLAHRAGA
Sukan SEA Thailand: Andre Anura sasar lengkapkan hatrik emas!
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA, Andre Anura Anuar meletakkan harapan tinggi agar tahun 2025 membawa tuah besar buat kariernya dalam dunia olahraga.
Atlet lompat kijang negara itu menyatakan bahawa tumpuan utamanya tahun ini adalah untuk mengekalkan prestasi terbaik, sama ada di kejohanan tempatan mahupun antarabangsa, demi mempertahankan pingat emas acara lompat kijang pada temasya Sukan SEA Thailand nanti.
"Untuk perkembangan sekarang ini, kami masih menjalani latihan untuk kejohanan mendatang. Selepas raya bulan April sama ada Super Series atau Terbuka Australia saya akan sertai." ujar Andre.
Iklan
"Secara keseluruhan bebas dari kecederaan dan sekarang masih dalam keadaan yang baik. Saya harap ianya berkekalan sampai le hujung tahun ini sebab tahun ini adalah tahun yang banyak kejohanan buat saya dan rakan-rakan. Ada Sukan SEA, Kejohanan Asia dan sebagainya. Saya harap tahun ini yang menarik untuk sukan olahraga.
Selepas kejayaan cemerlang dalam dua edisi terdahulu, Andre kini memburu hatrick emas yang bukan sahaja bakal mencipta sejarah peribadi, tetapi juga menjadi penyuntik semangat buat skuad olahraga negara menjelang temasya dwitahunan itu.
Dengan sokongan penuh pasukan kejurulatihan serta perancangan latihan rapi, Andre dilihat bersedia untuk mengharungi cabaran lebih besar di pentas antarabangsa sambil mengekalkan reputasi sebagai raja lompat kijang Asia Tenggara.
Must-Watch Video