Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Amir Daniel buru emas pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amir-daniel-abdul-majeed.jpg
Pemenang pingat gangsa sukan judo di temasya Sukan Komanwel 2022, Amir Daniel Abdul Majeed, memaklumkan perkembangan terbaru mengenai kariernya yang akan bertarung di dalam kategori berat baharu dalam Sukan SEA Thailand pada akhir tahun ini.

Amir Daniel yang memungut pingat gangsa menerusi kategori berat 73 kilogram dalam dua siri kejohanan Sukan Sea sebelum ini bakal melakukan penampilan pertamanya dalam temasya Sukan SEA 2025 dalam kategori 81 kilogram.

"Sekarang saya sudah naik ke kategori berat baru, jadi kita akan lihat bagaimana prestasi saya dan saya harap perubahan ini mampu mendatangkan pingat emas," katanya menerusi Nadi Arena.

Dalam pada itu, judoka negara berusia 20 tahun tersebut turut dilatih seorang jurulatih baru yang diimport khas dari Jepun dalam pemburuan pingat emas pertamanya.

"Hari-hari saya berlatih dengan dia, ketika latihan berlawan juga saya dengannya. 

"Kadangkala latihan itu mencecah sehingga 10 pusingan setiap hari," tambah Amir Daniel.

Percaturan untuk mengemas kini barisan kejurulatihan diharapkan mampu meningkatkan prestasi Amir Daniel dalam kategori baharu, sekali gus meraih kejuaraan sulungnya.

 

Advertisement

Must Watch Video