Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Paralimpik ASEAN Ke-9 (MASOC) mengikat satu lagi penajaan untuk temasya Kuala Lumpur 2017 apabila syarikat pewter tempatan, Royal Selangor, memeterai kerjasama dan melancarkan pingat yang akan digunakan dalam dua temasya itu nanti.
Tajaan daripada Royal Selangor itu menyaksikan MASOC kini sudah mengumpul jumlah tajaan yang melepasi sasaran RM80 juta.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan perkara itu dalam Majlis Pelancaran Pingat Sukan SEA dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017 hari ini yang turut menyaksikan Royal Selangor sebagai rakan kongsi pingat buat temasya berkenaan.
"Penajaan bagi (Sukan SEA) 2017 telah mencapai sasaran. Hari ini, saya boleh mengesahkan bahawa kita sudah mencapai 130 peratus atau RM82.7j.
"Dengan itu, kita sudah mencapai penunjuk prestasi utama (KPI) dalam sasaran penajaan kita," katanya.
Selain pingat, Royal Selangor turut terbabit dengan rekaan obor yang digunakan dalam temasya kali ini.
Royal Selangor akan turut mengeluarkan beberapa jenis cenderahati yang akan dijual sepanjang Sukan SEA dan Sukan Paralimpik ASEAN berlangsung.
"Royal Selangor akan membuat beberapa cenderahati seperti figura Rimau, medal dan pin kolar di kedai-kedai Royal Selangor, di mana MASOC akan menerima royalti sebanyak lima peratus daripadanya."