Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil sebagai penaja emas dengan sumbangan bernilai di antara RM3 juta hingga RM7.5 juta dan akan dikenali sebagai Rakan Tenaga Rasmi untuk Sukan SEA 2017.
Penajaan itu merangkumi wang tunai dan barangan berbentuk set penjana yang akan dibekalkan untuk kegunaan ketika temasya berlangsung.
Kehadiran TNB melengkapkan jumlah keseluruhan penglibatan 40 syarikat yang menaja Sukan SEA 2017, dengan enam penaja platinum, enam emas, sembilan perak dan 18 gangsa.
"Saya begitu bangga kerana selaku syarikat elekrik nombor satu negara, TNB, dapat bersama dengan keluarga KL2017 untuk memastikan kejayaan temasya itu.
"TNB akan menjadi penaja emas dan Rakan Tenaga Rasmi," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin.
Terkini, jumlah penajaan sudahpun mencecah RM101 juta, 25 peratus melangkaui sasaran asal sebanyak RM80 juta.
"Kita sudah melepasi sasaran penajaan dan sebenarnya kita sudah melepasi paras RM100 juta.
"Ini adalah tanda sokongan dan keyakinan sektor korporat, terutama GLC (syarikat berkaitan kerajaan), dan juga syarikat-syarikat yang telah tampil untuk menjadi penaja kepada KL2017," tambahnya.