Presiden Persatuan Muaythai Malaysia (PMM), Datuk Muhammad Shahnaz Azmi, melaungkan keyakinan anak buahnya mampu membutirkan satu pingat emas dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember depan.
Shahnaz menyandarkan harapan kepada atlet muda negara, Mohd Fazzatkie Mohd Zaki, sebagai taruhan dalam kategori 57 kilogram.
Fazzatkie mendapat perhatian daripada Shahnaz selepas menewaskan juara bertahan kategori 60kg dari Thailand, Petchsatit Toipaedriw, dalam kejohanan Max Muay Thai Ultimate di Pattaya, Thailand, baru-baru ini.
Skuad negara sebelum ini merangkul dua pingat emas dalam edisi Kuala Lumpur 2017, namun kedua-dua kategori yang dimenangi itu digugurkan dalam temasya di Filipina tahun ini.
"Kami menyasarkan satu pingat emas dan empat gangsa.
"Kami mencadangkan 17 nama kepada Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai calon-calon yang akan mewakili negara dalam temasya itu.
"Jumlah itu akan dikurangkan menjadi sembilan atlet pada Jun nanti," katanya.
PMM akan menghantar wakil dalam sembilan acara yang dipertandingkan tuan rumah.
Tujuh daripadanya merupakan kategori lelaki manakala dua lagi kategori wanita.
Ia bagi membantu Malaysia merealisasikan impian emas dalam temasya itu.
Sementara itu, Shahnaz memilih Bangkok sebagai destinasi latihan skuad negara bagi mempersiapkan diri sebelum ke Filipina.
"Kami pernah mengadakan latihan di Bangkok sebelum ini.
"Kami mungkin akan mengulanginya tahun ini bagi sesi latihan tempur," tambahnya.