Kuartet 100 meter wanita negara berjaya menamatkan saingan dengan pingat gangsa saingan Sukan SEA Kemboja serta memecahkan rekod kebangsaan di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh sebentar tadi.
Skuad wanita negara melakukan catatan masa 44.58 saat bagi memenangi pingat gangsa selepas kuartet Thailand meraih pingat emas sementara Vietnam memperoleh perak.
Ia merupakan pencapaian ulangan Malaysia selepas turut meraih pingat gangsa dalam edisi lalu di Hanoi.
"Perkara paling penting adalah kami berjaya menamatkan saingan di podium. Ini merupakan kali pertama empat pelari berlari sebagai kuartet dan perkara yang kami mahu lakukan adalah yang terbaik buat Malaysia," kata Zaidatul Husniah.
"Rekod kebangsaan yang berjaya dipecahkan ini sangat baik di samping kejayaan meraih pingat gangsa."
Sementara itu, kuartet lelaki negara turut memperoleh kejayaan yang sama apabila meraih pingat gangsa.
Indonesia memenangi pingat emas sementara Thailand di tempat kedua.
"Ini merupakan kuartet yang baru dibentuk bagi Sukan SEA kali ini. Persembahan ini adalah yang terbaik buat kami untuk perbaiki dalam acara akan datang," kata Jonathan Nyepa.
"Pingat gangsa yang diperoleh menjadi ubat kegagalan di Terbuka Singapura selepas penyertaan kami dibatalkan ketika menyertai kejohanan tersebut."
Bagi Haiqal Hanafi, dia berkata, "Saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini, walaupun gagal mempertahankan pingat perak, kejayaan meraih gangsa ini tetap dilihat sebagai kejayaan buat kami."