Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: KRM sedia berbincang dengan PDRM

krm.jpg
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia  (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, sedia berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha untuk memastikan kapten skuad ragbi 7s negara, Zulkiflee Azmi, dapat mengerah kudrat buat skuad kebangsaan dalam Sukan SEA Filipina 2019. 

Zulkiflee bakal melapor diri sebagai pelatih pegawai polis November depan dan ia menimbulkan kesulitan buatnya beraksi dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan kerana tarikh yang bertembung.

Shahrul Zaman mengakui tanpa kelibat Zulkiflee, ia satu cabaran buat skuad negara untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam temasya dwitahunan itu.

"Kami telah berbincang dengan pihak PDRM dalam isu mendapatkan khidmat Zulkiflee untuk beraksi dalam Sukan SEA tahun ini," katanya ketika ditemui dalam sidang media Kejohanan Liga Ragbi Malaysia 15s 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berpandangan kejohanan itu akan menjadi medan pemilihan pemain-pemain terbaik untuk mewakili negara dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC).

"Kami menyedari hakikat jurang pasukan negara dengan tiga pasukan utama saingan ARC, iaitu Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong. Kami sedang berusaha mencari jalan meningkatkan mutu permainan bagi saingan edisi tahun ini."

Advertisement

Must Watch Video