Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Kemboja: Thailand ranap peluang Malaysia sambar emas regu berpasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Skuad sepak takraw negara sekali lagi terlepas peluang merampas pingat emas dalam acara regu berpasukan dalam saingan Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas kepada Thailand sebentar tadi.

Regu pertama Malaysia dibarisi Mohamad Azlan Alias, Mohammad Syahir Rosdi dan Amirul Zazwan Zainal menang 13-21, 21-17, 21-18 ke atas regu Thailand dibarisi Jirasak Pakbuangoen, Kritsanapong Nontakote dan Yodsawat Uthaijaronsari.

Kecemerlangan itu bagaimanapun gagal diteruskan regu kedua -- Aidil Aiman Azwawi, Meor Zulfikar Mat Amin dan Affifudin Razali yang tewas 25-24, 15-21, 14-21.

Kesempatan itu digunakan regu ketiga Thailand dibarisi Pornthep Tinbanbonm, Rachan Viphan dan Thawisak Thongsai yang mudah menewaskan regu Malaysia disertai Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin serta Norfaizzul Abd Razak 8-21, 12-21.
 

Advertisement

Must Watch Video