Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Kemboja: Skuad sepak takraw lelaki gagal rampas emas acara beregu daripada Indonesia

sepak-takraw-beregu-sukan-sea.jpg
Hasrat skuad sepak takraw lelaki negara untuk merampas pingat ems acara beregu lelaki daripada juara bertahan, Indonesia, tidak kesampaian selepas tewas 1-2 dalam aksi final Sukan SEA Kemboja 2023 di Kompleks Olimpik Phnom Penh sebentar tadi.

Malaysia tewas kepada Indonesia dalam final edisi sebelumnya di Vietnam tahun lalu dan berada di landasan terbaik untuk merampas pingat emas berkenaan apabila gandingan Aidil Aiman Zawawi dam Noraizat Nordin memenangi set pertama 21-16.

Bagaimanapun, kesukaran sebenar mula dihadapi skuad negara dalam set kedua apabila gandingan Indonesia mula memperkemaskan aksi sebelum mengikat kedudukan 1-1 dengan kemenangan 21-16.

Harapan emas negara mula malap pada pertengahan set penentuan, di mana Malaysia ketinggalan 10-15 sebelum akur sekadar mengekalkan pingat perak dengan kekalahan 13-21 dalam set berkenaan.
 

Advertisement

Must Watch Video