Skip to main content

Hoki

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki lelaki remaja mudah tempah tiket final

hockey-generic.jpg
Skuad hoki lelaki remaja negara mengesahkan tempat ke final Sukan SEA Kemboja 2023 dengan lebih awal selepas menewaskan Thailand 5-0 dalam aksi ketiga peringkat kumpuland di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh sebentar tadi.

Malaysia meraih kemenangan bersih dalam tiga perlawanan setakat ini bermula dengan membelasah tuan rumah, Kemboja, 6-0 pada Rabu lalu dan seterusnya mengatasi Singapura 4-3 kelmarin.

Dalam aksi kali ini, Shahmie Irfan Suhaimi muncul pemain paling cemerlang dengan meledak hatrik, masing-masing pada minit ke-11, 19 dan 48, sambil Hassan Najib (m-16) dan Harris Osman (m-28) turut mencatatkan nama selaku penjaring.

Malaysia seterusnya akan menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan berdepan Indonesia esok sebelum dijangka bertemu lawan itu sekali lagi bagi penentuan pingat emas pada Rabu ini.



 

Advertisement

Must Watch Video