Skip to main content

Hoki

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki dalam dewan lelaki terlepas pingat emas buat kali pertama

hoki-dalam-dewan.jpg
MALAYSIA 3 INDONESIA 3
(Indonesia menang penentuan shoot out 2-1)


Skuad hoki dalam dewan lelaki nagara gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka sejak 2017 apabila tewas kepada Indonesia dalam aksi final Sukan SEA Kemboja di Dinosaur Park Hall, Phnome Penh sebentar tadi.

Malaysia memenangi pingat emas pertama sejak acara itu mula dipertandingkan dalam edisi di Kuala Lumpur pada 2017 sebelum mempertahankannya di Filipina dua tahun kemudian.

Dalam final edisi 2017, Malaysia membelasah Indonesia 5-1 dalam final, bahkan kemenangan 3-2 ke atas lawan itu dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam menunjukkan betapa Malayia tidak sepatutnya tewas dalam penentuan pingat emas kali ini.

Skuad negara menerbitkan bayangan emas apabila mendahului 3-0 dalam tempoh 24 minit pertama, masing-masing menerusi jaringan Danial Asyraf Abdul Ghani (m-16), Firdaus Omar (m-21) dan Faridzul Afiq Mohd (m-24).

Bagaimanapun, kealpaan skuad negara mengundang padah apabila membenarkan Indonesia bangkit mengikat kedudukan bermula dengan jaringan padang Muhammad Firdaus (m-37) dan Ferdian Rahman (m-39) sebelum gol pukulan sudut penalti Revo Priliandro pada minit terakhir mengheret perlawanan itu ke penentuan shoot out.

Nasib jelas menyebelahi lawan bimbingan Dhaarma Raj Abdullah itu dalam penentuan berkenaan untuk bergelar juara hasil kemenangan 2-1.


 

Advertisement

Must Watch Video