Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Skuad bola tampar lelaki wajib tundukkan Vietnam

bola-tampar-lelaki,-sim-jian-qin,.jpg
Skuad bola tampar lelaki bakal menghadapi misi hidup mati ketka menentang Vietnam kerana kemenangan akan mengesahkan slot ke aksi separuh akhir Sukan SEA Kemboja. 

Kekalahan pula akan menempah penerbangan pulang ke malaysia.

Lantas, kapten skuad bola tampar lelaki, Sim Jian Qin, mengakui Vietnam mempunyai kelebihan fizikal berbanding skuad negara, tetapi optimis pertahanan Malaysia lebih kukuh berbanding Vietnam.

"Kami akan lebih bersedia sejak awal permainan lagi untuk memberi tekanan kepada Vietnam. 

"Biarpun mereka lebih tinggi tetapi daripada aspek pertahanan, kami lebih bagus dan lebih lincah," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

Sementara itu, bagi rakan sepasukannya pula, Shamsaimon Khairol Shazrime: "Selepas kaji aksi mereka dengan Myanmar, kami tahu apa kelemahan dan kelebihan mereka." 

Advertisement

Must Watch Video