Beregu nombor lima dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty terpaksa akur pulang awal selepas disingkirkan seawal pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2026 di Odense, awal pagi tadi.
Bekas juara Sukan Asia Hangzhou 2022 itu tewas melawan dalam aksi rubber set, 21-12,15-21,19-21, kepada wakil China di ranking ke-41 dunia, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, dalam tempoh satu jam pertarungan.
He/Ren 🇨🇳 square off against Rankireddy/Shetty 🇮🇳. #BWFWorldTour #DenmarkOpen2026 https://t.co/1KFD3Uilhv
— BWF (@bwfmedia) October 14, 2026
Untuk rekod, Shetty-Rankireddy yang telah digandingkan sejak 2016 itu menjadi beregu lelaki pertama dari India yang menduduki ranking pertama dunia pada 2023.