Skuad bola keranjang lelaki negara menjadikan sekurang-kurangnya pingat gangsa Sukan SEA sebagai sasaran utama di Kemboja selepas menamatkan edisi tahun lalu di kedudukan kelima.
Tonggak utama skuad kebangsaan, Ting Chun Hong, yakin dia bersama rakan sepasukannya mampu lakukan yang terbaik dalam Sukan SEA yang bermula 5 Mei depan, walaupun pertukaran Ying Kian Ann sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Jeff Alvin Viernes dibuat pada saat-saat akhir.
"Kami perlu bina keserasian memandangkan tidak begitu mantap berbanding pasukan lain.
"Kami perlu perkemaskan aksi berpasukan dan saling memberi dorongan, kemudian barulah kami mampu memenangi Sukan SEA.
"Selepas Sukan SEA, kami hanya akan menghadapi Piala Agong jadi saya berharap dapat menyertai pasukan di luar negara," katanya di Nadi Weekend, sebentar tadi.