Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Kenduri gol belum cukup memuaskan hati jurulatih skuad hoki lelaki negara

hoki-dalam-dewan.jpg
Skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita terus mempamerkan penguasaan dalam Sukan SEA Kemboja menerusi kemenangan kedua hari ini. 

Kemenangan itu secara tidak langsung meletakkan skuad negara dalam landasan untuk meraih pingat emas tetapi pada masa yang sama tidak boleh memandang mudah pasukan lawan.

Jurulatih hoki dalam dewan lelaki, Mohd Hanip Che Halim, tidak menganggap kemenangan besar 19-0 ke atas Filipina sebagai aksi sempurna.

Malah, ada beberapa kesilapan yang dilakukan anak buahnya menjurus ke arah situasi bahaya andai dibiarkan.

Tegas Hanip, dia lega beberapa perkara dapat dihidu lebih awal sebelum pertembungan dengan Thailand ataupun Indonesia selepas ini.

"Pemain memanfaatkan peluang yang ada di samping kekurangan yang perlu diperbaiki. 

 

"Perlawanan hari ini kami mungkin perlu aktifkan rentak untuk perlawanan akan datang. 

"Jadi rentak perlawanan hari ini agak perlahan tapi kami telah tonjolkan bola pegun yang telah kami latih," katanya.




Ditanya adakah kemenangan besar ini sudah dijangka, Hanip menegaskan keputusan seperti itu sememangnya wajib dilakar sekiranya barisan negara mahu mara dengan selesa.

Skuad hoki wanita juga tidak kurang hebatnya apabila mencetak kemenangan besar 12-0 apabila mmebuka langkah kanan dalam perlawanan pertama dengan kemenangan 8-0 ke atas Singapura.

Advertisement

Must Watch Video