Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Kemboja: Bertemu atlet taraf Olimpik pengalaman berharga Zi Hao

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zihao.jpg
Pertarungan dengan Olimpian mewarnai pengalaman penampilan sulung atlet lawan pedang muda negara, Teh Zi Hao di Sukan SEA Kemboja.

Zi Hao masih tidak percaya berpeluang bertarung dengan Olimpian dari Vietnam, Vu Thanhan, menyaksikannya seolah-olah telah menenangi loteri.

Bukan itu sahaja, Zi Hao juga berjaya mendiamkan ramai apabila hampir menewaskan pemenang emas Sukan SEA dari Thailand, Voragun Srinualnad dengan keputusan 15-14.

Zi Hao tekad memanfaatkan pengalaman itu untuk tampil lebih cemerlang apabila membuat debut di Sukan Asoa yang akan berlangsung pada September.

"Ini merupakan penampilan pertama di Sukan SEA, ia pengalaman yang sangat berharga dan berjaya mara ke pusingan 16," kata Zi Hao.

"Bertemu lawan yang cukup berkualiti, seperti Voragun, seorang atlet yang cukup berpengalaman dan saya cuba melakukan yang terbaik dan bersaing dalam perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video