SUKAN LAIN
Sukan SEA: Isu elaun sukarelawan dianggap selesai
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengharapkan isu tiada elaun bagi sukarelawan tidak dipolemikkan bagi memastikan kelancaran Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan, terjamin.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tiada elaun diberikan kepada sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Namun, ia bukanlah satu masalah kerana rata-rata yang menjadi sukarelawan tidak kisah dan mahu turut sama atas dasar bersama-sama menjayakan temasya dwitahunan ini.
Iklan
Biarpun tiada elaun berbentuk wang tunai, sukarelawan akan diberikan sijil penyertaan, persalinan baju sukarelawan dan peruntukan bukan tunai bagi makanan harian.
Bagi menghargai mereka lagi, Khairy juga akan memastikan kesemua sukarelawan akan sama-sama berarak bersama kontinjen lain ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur sebagai menghargai usaha dan sumbangan mereka.
"Saya menjemput setiap sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur untuk bersama-sama berarak pada majlis penutupan pada 30 Ogos nanti," katanya.
Khairy ditemui ketika merasmikan program 'Volunteer for Kuala Lumpur' yang bertujuan memastikan kebersihan bandaraya dan sekitar venue pertandingan menjelang Sukan SEA, Ogos depan.
Must-Watch Video