Penembak negara, Hasli Izwan Amir Hasan, mengumumkan Sukan SEA Kuala Lumpur bakal menjadi kejohanan antarabangsa terakhirnya dan ia menjadi motivasi buatnya memburu penamat gemilang dalam acara pistol 25 meter rapid fire.
Selepas 20 tahun mewakili Malaysia, akhirnya tiba masa untuk Hasli berundur.
Ia keputusan sukar, namun perlu diambil kerana makin dimamah usia selain kemunculan beberapa penembak muda yang memiliki bakat besar.
"Untuk penampilan saya yang kesembilan dalam Sukan SEA, saya ingin mendapatkan keputusan terbaik untuk diri sendiri.
"Ini mungkin Sukan SEA yang terakhir dan saya bercadang untuk berundur daripada arena antarabangsa, namun tetap akan bertanding di peringkat tempatan," katanya yang akan beraksi dalam acara kegemarannya itu.
Menjelang penampilan Sukan SEA kesembilannya, dia sudah meraih tiga emas, iaitu pada edisi 2001, 2005 dan 2007.
Penghalang utamanya di Lapang Sasar Subang nanti pastilah juara bertahan temasya, Ha Minh Thanh dari Vietnam.
Hasli pernah mengatasi pencabarnya itu dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) Ke-41, Mei lalu, di venue yang sama.
Menurut atlet berusia 40 tahun itu lagi: "Saya tidak mahu mengatakan bahawa saya terlalu yakin kerana pernah mengalahkannya.
"Mungkin dia berlatih lebih keras untuk mengalahkan saya pula.
"Oleh itu, saya tidak bersikap sambil lewa dan akan meneruskan usaha."