Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil, menyambut baik keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan syarat baru kategori B bagi kelayakan Sukan SEA, iaitu atlet perlu dalam kelompok enam terbaik berbanding sebelum ini, lapan terbaik.
Baginya, penetapan baru ini akan menyaksikan persaingan sihat antara atlet dalam usaha melayakkan diri ke Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan berlangsung pada 12 April hingga 23 Mei depan.
"Berdasarkan rekod 2019, kami masih dalam kategori yang sama, tiada perubahan. Baik atlet di dalam atau di luar program olahraga.
"Atlet di kedudukan kelima dan keenam terbaik dalam senarai kelayakan sekurang-kurangnya boleh benar-benar bersaing dan mampu dibiayai oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
"Bukan sekadar pergi untuk bertanding tapi kembali dalam keadaan yang tidak baik.
"Jadi atlet perlu tunjukkan prestasi yang baik untuk melayakkan diri," katanya di Nadi Arena.
Sukan Lain