Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Bangkok: Penembak berpengalaman buat penampilan semula?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak.jpg
Atlet menembak berpengalaman, Hasli Izwan Amir Hassan, bakal membuat penampilan semula bersama skuad kebangsaan di saingan Sukan SEA Bangkok hujung tahun ini.

Namun persediaan hasli melewati latihan berfasa di mana menuntut atlet ini mencari peluang tiga terbaik Asia Tenggara di mana-mana kejohanan atau sekurang-kurangnya meraih pingat emas dalam kejohanan di pentas Asia Tenggara.

Jika Hasli mahu layak ke pentas Sukan SEA menerusi ketegori A, jurulatih pistol negara, Firdaus Faiz menuntut latihan konsisten dan sokongan ke kejohanan penting bagi mengelak rasa gugup seperti mana yang berlaku di Sukan SEA Hanoi tidak berulang.

""Saya berharap Hasli dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika latihan untuk persediaan menuju ke Bangkok.

"Sebelum ini, dia kekurangan kejohanan untuk atlet berfasa. Jadi kami cuba buat yang terbaik untuknya.

"Dia juga masih ada kekangan dengan kerja hakiki. Saya berharap dia dapat beri yang terbaik," katanya menerusi Nadi Arena. 
 

Advertisement

Must Watch Video