Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan SEA:

angkatberat.jpg
Jurulatih angkat berat, Yon Haryono, memberikan jaminan tiada isu doping menyelubungi atlet angkat berat negara menjelang saingan Sukan SEA 2023.

Ia berikutan usaha yang dibuat oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) yang mengambil sampel dan pemeriksaan setiap bulan membabitkan setiap atlet.
 

Pengendali kelahiran Indonesia itu juga yakin keperihatinan setiap jurulatih dalam dalam mempersiapkan atlet negara.

"Ia sentiasa telah diingatkan bahawa pengambil bahan terlarang ini tidak boleh. Cara untuk meningkatkan prestasi adalah latihan, pemakanan serta rehat yang cukup, itu adalah langkah bagi memastikan atlet mendapatkan prestasi yang optimum," katanya.

Hanya Erry Hidayat sahaja berada di bawah kendaliannya manakala empatn lagi atlet negara berlatih di peringkat negeri bersama dengan jurulatih masing-masing.

Erry bagaimanapun tiada dalam sesi latihan hari ini kerana mengikuti kelas pengajiannya di universiti.

Advertisement

Must Watch Video