SUKAN LAIN
Sukan SEA 2019: MSBF dituntut adakan pemilihan terbuka
Pemain senior, Ibrahim Amir, menggesa Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) agar mengadakan sesi pemilihan secara terbuka untuk menghadapi Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan selepas Majlis Sukan Negara (MSN) membantu mewujudkan semula pusat latihan kebangsaan.
Pusat latihan itu cukup bermakna buat pemain senior negara.
Kali terakhir mereka mewakili negara adalah ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebelum terpaksa fokus terhadap kerjaya masing-masing ekoran tiada elaun latihan dan tempat berlatih.
Iklan
Cuma, mereka mahukan sesi pemilihan terbuka untuk membentuk skuad yang akan menunjangi cabaran negara dalam Sukan SEA 2019 bagi menjamin kualiti pemain kebangsaan.
"Pemain perlu memberikan yang terbaik sekiranya ingin terpilih.
"Pemain yang meraih tangga pertama hingga ketiga akan terpilih," jelas Ibrahim.
Menurut pemain pool negara, Suhana Dwi Sabtu, pula: "Kami tidak mempunyai dana yang mencukupi.
"Kami juga tiada kemudahan gelanggang latihan untuk mengadakan kejohanan secara besar-besaran.
"Sudah bertahun-tahun lamanya MSBF tidak menganjurkan kejohanan berbentuk terbuka kebangsaan," tambahnya.
Malaysia meraih tiga pingat gangsa dalam temasya Kuala Lumpur 2017.
Sebanyak 10 emas ditawarkan dalam Sukan SEA 2019 dengan enam daripadanya menerusi acara pool.
Must-Watch Video