Skip to main content

SUKMA

Sukan Sarawak 2024: Qusmaini Rusli percaya program akar umbi buahkan hasil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-gutsal.jpg
Ketua jurulatih futsal Selangor, Qusmaini Rusli, percaya usaha Selangor dalam mempertingkatkan program akar umbi membuahkan kejayaan apabila mendominasi sukan futsal dan bola sepak wanita Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Rekod tidak pernah menjuarai futsal sebelum ini dileburkan dalam edisi ke-21 menerusi bimbingan jurulatih berwibawa serta pengalaman beberapa pemain yang beraksi dalam kancah Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), malah termasuk kudrat pemain termuda yang berusia 17 tahun.

Dalam acara bola sepak wanita pula, Selangor melakar sejarah sebagai pasukan pertama yang menjuarai kategori wanita yang tidak pernah dipertandingkan selama ini.





Namun, untuk terus memberikan saingan dalam saingan Sukma edisi depan, pihak pengurusan Selangor perlu mempertingkatkan usaha demi memastikan kualiti dalam mencungkil bakat terbaik bola sepak lelaki yang tersungkur dalam pusingan kalah mati.

"Hari ini hanya beberapa pemain yang terpilih untuk bermain termasuk pemain muda berusia 17 tahun kami yang masih muda, tiada tekanan buat dia dan banyak membantu.

"Manakala, Danish yang menjaringkan gol tadi juga, dia beraksi di MPFL dengan jumlah minit permainan yang banyak bersama Gombak United. Saya rasa hari ini dia telah buktikan." katanya kepada Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video