Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Perpaduan Islam: Selangor dipilih sebagai tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mom-sukan-perpaduan-islam.jpg
Majlis Olimpilk Malaysia (MOM), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, telah melakukan proses bidaan untuk menjadi tuan rumah edisi ke-7 Sukan Perpaduan Islam pada 2029.

Bidaan yang dikemukakan oleh MOM dan Kerajaan Negeri Selangor, dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia, mencerminkan komitmen padu dan bersatu negara terhadap nilai serta matlamat yang diperjuangkan oleh Persatuan Sukan Perpaduan Islam (ISSA).

Surat bidaan berkenaan telah diserahkan kepada ISSA pada 29 Julai lalu, diikuti dengan penyerahan Cadangan Bidaan Rasmi pada 29 September lalu.

Pada 9 Oktober lalu, ISSA telah mengeluarkan kenyataan media mengumumkan bahawa tiga NOC, iaitu Republik Islam Iran, Malaysia dan Uzbekistan, secara rasmi telah mengemukakan bidaan masing-masing untuk menjadi tuan rumah edisi 2029 temasya berkenaan.

Berikutan pengumuman tersebut, MOM bersama Kerajaan Negeri Selangor telah menerima kunjungan delegasi 10 orang daripada ISSA bagi lawatan penilaian yang diadakan dari 12 Oktober hingga 14 Oktober lalu.

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang merupakan Presiden MOM merangkap Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara, bersama Mohd Najwan Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Belia, Sukan dan Keusahawanan Kerajaan Negeri Selangor, telah bersama-sama membentangkan cadangan akhir dalam Mesyuarat Agung ke-14 ISSA, yang diadakan di Riyadh Grand Ballroom A, Hilton Riyadh Hotel & Residences hari ini

“Kami ingin merakamkan penghargaan tulus kepada ISSA, khususnya kepada Suruhanjaya Sukan ISSA di bawah pimpinan cemerlang En. Mohammad Tayyab Ikram, kerana telah menyenarai pendek Malaysia sebagai salah satu calon tuan rumah bagi Sukan Perpaduan Islam 2029,” ujar Norza

“Bidaan oleh NOC Malaysia mendapat sokongan penuh serta pengiktirafan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor, mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh serta visi bersama dalam memajukan pembangunan sukan dalam dunia Islam.

“Selangor, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, merupakan negeri paling maju dan paling ramai penduduk di negara ini, berperanan sebagai pusat ekonomi, perindustrian dan teknologi utama negara. Negeri ini mempunyai infrastruktur moden, kemudahan sukan bertaraf dunia, serta masyarakat berbilang budaya yang mencerminkan kepelbagaian dan dinamisme Malaysia.

“Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Amiruddin Shari, yang sebelum ini memegang portfolio Belia dan Sukan, sentiasa menekankan kepentingan pembangunan belia dan sukan sebagai tiang utama dalam visinya untuk menjadikan Selangor sebuah negeri maju sepenuhnya — negeri yang rakyatnya menikmati kesihatan yang baik, semangat komuniti yang kuat, serta budaya sukan yang berterusan."

ISSA kemudiannya mengumumkan bahawa hak rasmi penganjuran Sukan Perpadian Islam 2029 dianugerahkan kepada Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor.
 
Nike

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video