Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Skuad ping pong azam ulangi pencapaian dua tahun lalu

12917pingpong.jpg
Skuad ping pong para tampil dengan sasaran dua emas dalam Sukan Para ASEAN kali ini, menyamai pencapaian mereka ketika di Singapura dua tahun lalu apabila membolot dua emas, empat perak dan tujuh gangsa.
 
Antara pemainsenior yang ditampilkan adalah Hong Chin Sing yang sudah pun beraksi bersama skuad kebangsaan sejak tahun 2000.
 
Selain itu, turut membarisi skuad kali ini adalah Chee Chao Ming dan juga Ting Ing Hock sambil dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Ng Tong.
 
"Beraksi di Malaysia, keluarga dan rakan akan hadir menyaksikan persembahan saya dan ia akan memberikan semangat kepada saya untuk meraih pingat emas dalam Sukan Para ASEAN," kata Chao Ming.

Ping pong menawarkan 37 pingat emas di Singapura dan di sebalik penguasaan atlet Thailand dan Indonesia, Malaysia berjaya meraih dua emas menerusi perseorangan dan berpasukan kelas sembilan.

Advertisement

Must Watch Video