Dengan sasaran 13 emas daripada 18 acara yang dipertandingkan, barisan bowling tenpin para negara yakin jumlah itu mampu direalisasikan merujuk kepada prestasi cemerlang dalam Kejohanan Dunia IPSA di Jepun baru-baru ini.
Tiga gangsa dalam Kejohanan Dunia itu menjadi bekalan yang cukup baik buat kem bowling para negara membuktikan mereka di kedudukan terbaik menjelang Sukan Para ASEAN dari 17-23 September ini.
Tidak hairan sasaran untuk memastikan emas majoritinya daripada 18 kategori yang dipertandingkan, mudah dipersetujui merujuk kepada persediaan dan kehadiran atlet baru yang bakal menyerlah dalam Sukan Para ASEAN nanti.
Malaysia memiliki penguasaan ketara bagi acara B9, iaitu kudung kaki, selain turut mengharapkan kecemerlangan bagi kategori pasukan campuran.
Hanya kategori TBB4 yang tiada sasaran khusus ekoran acara itu jarang dipertandingkan dalam mana-mana kejohanan.
"Buat masa ini, kami akan menyenaraikan nama atlet yang akan beraksi dalam acara beregu. Selepas itu, barulah kami mengalihkan tumpuan kepada acara berpasukan," kata jurulatih bowling tenpin para, Steven Teng.