Skip to main content

Advertisement

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Felicia bawa buku pelajaran dalam sesi latihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7917felicia.jpg
Buku ulang kaji menemani pelari pecut para negara, Felicia Mikat, dalam sesi latihan tatkala atlet berusia 18 tahun itu mengejar dalam misi serampang dua mata -- membantu Malaysia dalam Sukan Para ASEAN 2017 dan juga persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dua tahun lalu di Singapura, Felicia mencipta kejutan apabila membolot tiga emas menerusi acara 100m, 200m dan 400m bagi kategori T13.

Namun, senario berbeza kini perlu diharungi Felicia yang perlu mengimbangi tuntutan pelajaran demi mengejar cita-citanya menjadi seorang guru dan dalam masa sama mengerah keringat di balapan.

Bersama jurulatihnya, Tony Sawan, Felicia membuat sedikit pengubahsuaian terhadap jadual latihan bagi membolehkannya mempunyai lebih banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran. 

"Ketika berlatih saya akan bawa buku sebab SPM pun sudah dekat, bulan November. Jadi pelajaran dan sukan perlu seimbang," katanya. 

Untuk edisi kali ini, Felicia masih akan bersaing dalam ketiga-tiga acara tersebut, namun tumpuannya hanyalah melakar catatan peribadi terbaik.

Untuk 100m, Felicia sudah pun mencatat 14.50s ketika Sirkit Olahraga Para Kebangsaan di Lumut manakala dalam 200m pula, dia mempunyai catatan 30.40s dalam Kejohanan Balapan dan Padang Sukan Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas di Sabah.

"Tahun ini, saya hanya sasarkan untuk lakukan catatan peribadi terbaik dalam 100m.

"Saya tidak kisah saya dapat pingat apa pun, yang penting saya dapat buat persembahan terbaik," tambahnya.  

Advertisement

Must Watch Video