Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para ASEAN bakal lahirkan bintang baru

safrusahar-060917.jpg
Pengarah Cawangan Paralimpik, Safrusahar Yusuf, memberi bayangan Jonathan Wong antara nama baru yang bakal mengikut jejak langkah Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dalam Kejohanan Dunia dan Sukan Paralimpik Rio 2016.

Sudah pasti Sukan Para ASEAN yang membuka tirainya 17 September ini merupakan platform terbaik buat Jonathan, yang turut dilabel Safrusahar sebagai atlet paling berpotensi untuk menyerlah di pentas antarabangsa.

Walaupun penampilannya dalam Sukan Para ASEAN masih belum dibuktikan dengan kejayaan, kehebatan Jonathan sudah mula diperkatakan dan dijangka muncul selaku penyumbang emas bagi acara lompat jauh T13.

Hakikatnya, lompat jauh bukan acara sebenar Jonathan yang lebih cenderung kepada acara lompat kijang -- dia bakal membuat penampilan pertama dalam acara kegemarannya dalam Sukan Para Asia di Jakarta, tahun depan.

"Berdasarkan prestasi semasa, kami menjangkakan akan ada lagi bakat-bakat baru yang muncul di sini (Sukan Para ASEAN 2017) untuk digilap bagi menghadapi Sukan Para Asia 2018 dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sasaran keseluruhan sebanyak 103 emas juga dianggap realistik merujuk kepada penampilan nama-nama baru yang dijangka bakal mencipta banyak kejutan dalam temasya itu dari 17-23 September ini.

"Saya mengharapkan penekanan yang dibuat dalam kem latihan akhir ini adalah untuk mengambil semangat kejayaan Sukan SEA 2017 dalam usaha atlet Paralimpik untuk turut sama mencapai sasaran yang ditetapkan," tambahnya.  
 

Advertisement

Must Watch Video