Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Alvin buru emas

12917alvin.jpg
Penggunaan basikal baru yang direka khas mengikut spesifikasi perlumbaan, memberikan lebih keyakinan buat atlet berbasikal para negara, Alvin Lim, untuk mencapai impian memburu pingat dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur bermula Ahad ini
 
Alvin yang beraksi dalam acara basikal tangan H3 sebelum ini berlatih dan mengikuti beberapa pertandingan menggunakan basikal rekreasi yang diubahsuai.
 
Namun, hasil bantuan beberapa penaja, Alvin kini berpeluang menggunakan basikal baru yang pasti dapat membantunya memburu pingat dalam temasya itu nanti.
 
Basikal yang menelan kos hampir RM80,000 ini menampilkan teknologi terkini, sama seperti yang digunakan beberapa pelumba ternama dunia.
 
Alvin yang memasuki program berbasikal para negara Januari tahun ini akan menyertai dua acara, iaitu ujian masa lebuh raya serta lepas beramai-ramai.
 
"Saya masih lagi mencari tetapan yang terbaik yang bersesuaian dengan saya. Tetapi apa yang boleh saya katakan, ia sangat pantas," kata Alvin.

Dalam pada itu, Alvin menjangkakan Singapura bakal menjadi antara pesaing buat dirinya untuk menjejak ke podium dalam Sukan Para ASEAN nanti.
 
Begitupun pengalaman yang diraih dalam beberapa kejohanan luar negara, antaranya saingan Piala Dunia di Belgium, Julai lalu, dapat membantu dirinya untuk menyesuaikan strategi untuk bersaing dengan pencabar yang lain.
 
"Saya tidak pasti apa yang miliki oleh pesaing dalam Sukan Para ASEAN. Dengan adanya kemudahan ini, ternyata kelebihan memihak kepada Malaysia."

Sebanyak 14 emas ditawarkan dalam sukan berbasikal yang merangkumi acara trek yang bermula pada 17 September di Velodrom Nasional Nilai manakala acara lebuhraya bermula 20 September.
 

Advertisement

Must Watch Video