Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Olimpik Paris: Hamidin harap atlet cedera sempat pulih

hamidin-amin.jpg
Genap dua bulan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, ketua kontinjen negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, enggan dibelenggu keresahan biarpun tidak atlet negara diketuai atlet pelayaran, Nur Shazrin Latif dihimpit kecederaan.

Institut Sukan Negara (ISN) akan meneliti ujian Pengimejan resonans magnet (MRI) terhadap pemenang pingat emas Sukan Asia Hanghzou itu esok. 

Jika hasil pemeriksaan tidak memihak Nur Shazrin maka dia mungkin terpaksa melupakan penampilan ketiganya di pentas bertemasya itu. 

Nur Shazrin mengalami kecederaan di tangan kanan ketika menyertai tiket terakhir menerusi Kejohanan Regatta di Perancis, bulan lalu.

"Tiga atlet negara sedang dilanda kecederaan iaitu Lee Zii Jia, Nur Shazrin dan Shah Firdaus Sahrom. ISN dan  doktor dalam proses memulihkan mereka. 

"Saya ingat kecederaan ketiga-tiga ini tidak berapa serius," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Terdahulu, Hamidin mengadakan perjumpaan bersama beberapa atlet negara yang akan membawa cabaran di Paris, Julai depan.

Antara lain, atlet negara dinasihatkan untuk waspada dengan persiapan masing-masing bagi mengelak risiko kecederaan sebelum temasya.

Ketika ini, seramai 18 atlet sudah mengesahkan penyertaan ke temasya itu dan dijangka berlaku pertambahan beberapa lagi atlet antaranya daripada golf dan memanah recurve.

"Kalau kita hantar ramai peserta  tapi tidak boleh meraih keputusan memberangsangkan pun tidak gunanya walaupun lagi ramai lagi bagus. 

"Tapi ini peringkat dunia. Atlet perlu layak, ada standard tertentu," katanya lagi. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video