SUKAN LAIN
Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni waspada pecutan awal
Jaguh berbasikal trek dunia, Datuk Azizulhasni Awang, berdepan situasi 'de javu' dalam acara akhir keirin elit Kejohanan Trek Kebangsaan, cuma bezanya The Pocket Rocketman menamatkan saingan selaku pemenang pingat emas.
Apa yang lebih menakjubkan juara dunia keirin 2017 itu memperaga kepantasan optimum untuk menggondol dua emas di Velodrom Nilai, minggu ini, biarpun tidak berada di kemuncak prestasi berikutan dijangkiti virus ketika beraksi dalam Piala Trek Jepun, minggu lalu.
Dalam Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, Jason Kenny selesa melintasi garisan penamat untuk muncul juara selepas Matthew Glaetzer mencetuskan kekeliruan.
Iklan
"Situasi hampir sama berlaku dalam Sukan Olimpik dan Sukan Asia, iaitu pelumba pergi (pecut) awal.
"Dalam Sukan Asia, situasi sama berlaku yang menyaksikan pelumba Kazakhstan seperti tergamam melihat pelumba di depannya pergi lebih awal.
"Dia memilih tidak mengejarnya dan pelumba di belakangnya pula yang akan menerima padah.
"Apa pun kami perlu buat persediaan dan strategi untuk Sukan Olimpik. Jadi kejohanan ini membolehkan saya bersedia dengan situasi serupa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Must-Watch Video