Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel Glasgow: Amirul optimis Aniq Kasdan mampu pertahan emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aniq.jpg
Jaguh angkat negara, Mohamad Aniq Kasdan, terlebih dahulu perlu bekerja keras untuk membutirkan pingat emas di Kejohanan Kelayakan Komanwel di India, Ogos depan demi merealisasikan impian layak secara merit ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 nanti.

Meskipun laluan sukar dijangka menanti dirinya, apatah lagi masih bergelut dengan proses pemulihan kecederaan bahu kanan yang dialami, namun pengurus pasukan kebangsaan, Amirul Hamizan, kekal optimis dengan kemampuan Aniq untuk merebut slot merit sekali gus mempertahankan emas keduanya dalam temasya itu.

Dia menjelaskan sandaran Persekutuan Angkat Berat Malaysia sememangnya meletakkan fokus emas kepada kedua prospek utama negara, Aniq dan Aznil Bidin dalam masa sama mengejar gelaran untuk memburu emas hatrik komanwel.

"Saya rasa Aniq tidak berdepan masalah kerana kita tahu pesaing dalam negara komanwel tidak begitu kuat, jadi Aniq perlu fokus dalam setiap angkatan yang ditetapkan jurulatih.

"Memang sasarannya Aniq meraih pingat emas seperti disasarkan persatuan dan negara, saya yakin pada Aniq dengan persiapan yang cukup Bersama Latihan kecederaan dia akan pulih maka Aniq boleh mempertahankan pingat emas sekali lagi." katanya.

Advertisement

Must Watch Video