Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Ekstrem bakal dianjur di Endah Parade

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

endah-parade.jpg
Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh, berbesar hati mengumumkan satu acara sukan ekstrem akan diadakan buat kali pertama dalam Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 hingga 29 Jun ini.

Menurutnya, ianya juga bertujuan mencungkil permata baru sukan itu menjelang temasya sukma tahun hadapan. 

Downmall merupakan perlumbaan berbasikal unik kerana ia menggabungkan kelajuan, kemahiran teknikal , dan keberanian, semuanya berlangsung dalam pusat beli belah yang diubahsuai menjadi litar perlumbaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur, Firdaus Arshad, menegaskan antara faktor mengapa ianya diadakan di Pusat beli-belah Endah Parade adalah kerana struktur bangunan tersebut yang memiliki ciri-ciri ekstrem dengan tujuh tingkat kesemunya.

Daripada sudut teknikal, Presiden Scarfox Cycling Club, Hishamudin Halim, menjelaskan semuanya telah mematuhi dari standard kejohanan di dalam pusat beli belah dan segalanya dijangka akan berjalan seperti dirancang.  

Advertisement

Must Watch Video