Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) sedang berlumba dengan masa dalam memastikan Pusat Media Antarabangsa (MPC) dapat disiapkan dalam tempoh segera.
MPC, yang sepatutnya dibuka hari ini sempena temasya Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini, dianggarkan mampu menempatkan 400 hingga 500 petugas media dalam satu-satu masa dan sehingga kini, pekerja masih bertungkus-lumus untuk melakukan persiapan akhir.
Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti internet serta sistem keputusan secara langsung dari setiap gelanggang pertandingan.
Ketua Bahagian Media dan Perhubungan Awam INASGOC, Danny Buldansyah, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang masalah, khususnya dalam mendapatkan maklumat serta keputusan setiap acara.
"Kami mempunyai sistem maklumat acara yang dikemas kini secara langsung, termasuk acara yang sedang dipertandingkan,, markah, senarai atlet yang bertanding serta keputusan akhir.
"Semua kemudahan ini sudah bersedia untuk acara-acara di Jakarta dan Palembang," katanya.