Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Hangzhou: Wushu mampu butir pingat pertama kontinjen negara

chai-fong-ying.jpg
Atlet wushu akan menggamit perhatian peminat sukan negara dalam saingan hari pertama Sukan Asia Hangzhou esok dalam usaha mereka membutirkan pingat sulung kontinjen Malaysia

Bekas atlet negara, Chai Fong Ying, yang pernah memenangi pingat emas Sukan Asia edisi 2010 dan 2016, teruja untuk melihat aksi yang bakal dipersembahkan atlet negara kali ini.

Fong Ying tidak menafikan barisan pelapis muda yang bersaing di pentas tertinggi Asia itu mampu memberikan aksi terbaik, sekali gus memenangi pingat tanpa mengira warna.

"Saya harap mereka dapat makan makanan terbaik dan sihat, tidur dan berehat dengan secukupnya dan bersedia dengan sebaik mungkin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman

"Jangan terlalu tertekan dan saya harap mereka dapat memberikan persembahan terbaik tanpa sebarang kesilapan.

"Jika atlet pertama, iaitu Wong Weng Son, dapat melakukan yang terbaik, dia akan menyumbangkan pingat pertama buat kontinjen negara.

"Saya doakan atlet wushu kita dapat menikmati tempoh mereka dalam Sukan Asia dan memberikan sumbangan sebanyak mungkin. Selamat berjaya buat mereka," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video