Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Hangzhou: Terjunan konsisten Tze Liang-Syafiq Puteh pintas Jepun untuk raih gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ooi-tze-liang-syafiq-puteh.jpg
Penerjun negara, Ooi Tze Liang-Muhammad Syafiq Puteh, membutirkan pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam aksi 3 meter papan anjal serirama di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Dalam persaingan enam negara, China yang bertindak selaku tuan rumah, menurunkan gandingan He Chao-Yan Siyu, dalam kelas tersendiri dengan terjunan yang cukup kemas.

Selepas tiga terjunan, wakil negara mengumpul 163.50 mata, menghuni tangga keempat.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kesilapan wakil Jepun, Haruki Suyama-Yuto Araki, di terjunan keempat memaksa mereka jatuh ke tangga keempat sekaligus melonjakkan kedudukan Tze Liang-Syafiq.

Mengetahui kelebihan kini memihak mereka, dua terjunan terakhir dengan disempurnakan dengan penuh bergaya sekaligus membutirkan pingat gangsa kedua dari sukan terjun buat Malaysia.
 

Seperti yang dijangka, China menggondoli emas, sementara wakil Korea Selatan, Yi Jaegyeong-Woo Haram, meraih pingat perak.

Terdahulu, gandingan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri turut menghadirkan kilauan pingat gangsa dalam acara 10m platfom serirama.

 

Advertisement

Must Watch Video