Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Skuasy intai lima pentas final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ajaz-amat.jpg
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menyambut baik keputusan sesi undian Sukan Asia Hangzhou hari ini dengan menyifatkan laluan ke pentas final bagi kesemua lima acara yang dipertandingkan sebagai cerah.

Laungan keyakinan itu berlandaskan rekod pertemuan wakil negara dengan taruhan utama acara perseorangan terarah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari tatkala gandingan beregu campuran, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azmanm, sedia mencabar kilauan pingat emas.

secara keseluruhannya, barisan kepimpinan tertinggi (sram) menzahirkan keterujaan dan keyakinan untuk mengekalkan tradisi sukan skuasy untuk terus kekal jadi lubuk pingat di hangzhou nanti.

"Hasil undian ini seimbang, dan Yow dijangka berentap dengan pemain Qatar, Abdulla Al-Tamimi, dalam separuh akhir. 

"Jadi saya berharap Tarmimi akan kelelahan selepas aksi sukar 
bertemu Addeen Idrakie dalam suku akhir untuk dua wakil kita melangkah ke final. 




"Sivasangari pula dijangka bertemu Satomi Watanabe yang kami harap dia ulangi kemenangan ke atasnya seperti tahun lalu," kata ketua jurulatih negara, Ajaz Azmat, di Pusat Skuasy Nasiona, Bukit Jalil. 

Menurut Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S Maniam: "Berdasarkan undian, pemain Malaysia ada kemampunan untuk dapatkan medal. Mengenai tekanan, atlet kami sudah terbiasa dan sesuatu yang perlu mereka hadapi.

"Paling penting kami dapat kawal tekanan demi mencapai matlamat kami." 

 

Advertisement

Must Watch Video