Skuad wushu negara sedang melakukan persiapan terbaik menjelang saingan Sukan Asia Hangzhou di China, yang akan mengingkap tirai 23 September ini.
Menurut ketua jurulatih skuad wushu kebangsaan, Koo Chee Zhong, anak buahnya sudah menjalani latihan pusat di Guizhou, China sejak 24 Ogos lalu.
Dengan hanya dibarisi tujuh orang atlet acara Taolu, Chee Zhong yakin anak buahnya dapat memberikan saingan dalam temasya berkenaan.
Tambahnya, juara dunia dua kali, Tan Cheong Min, akan menjadi ayam tambatan skuad negara dalam misi meraih pingat di bumi China.
"Setakat ini, semua atlet tiada kecederaan serius dan dapat menamatkan rutin mereka dalam setiap latihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Saya rasa tiada masalah untuk mereka beraksi baik dalam kejohanan.
"Mereka juga sudah bersiap sedia secara mental dan amat fokus dengan sasaran masing-masing.
"Tan Cheong Min memang ada standard tersendiri. Jika dia dapat melengkapkan dua rutin dengan sempurna, dia akan mendapatkan pingat.
"Atlet lain juga ada peluang tetapi kami tidak boleh jamin (mereka akan mendapat pingat) kerana sudah lama tiada kejohanan di peringkat dunia dan Asia," katanya.