Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Skuad skuasy negara lakar pencapaian gemilang dengan barisan muda

mejar-s-maniam-sram.jpg
Skuad skuasy negara dilihat meraih keputusan gemilang dalam Sukan Asia Hangzhou biarpun membariskan pemain yang rata-ratanya masih muda.

Skuad skuasy muncul sukan paling cemerlang membutirkan tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam edisi ke-19 itu

Ia menyaksikan mereka mengatasi pencapaian dua emas, satu perak dan dua gangsa dalam edisi di Jakarta-Palembang pada 2018.

Barisan pemain muda seperti Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman membuktikan mereka mampu mengekalkan Malaysia sebagai kuasa besar di rantau Asia selepas persaraan pemain legenda, Datuk Nicol David.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar S. Maniam, berkata kepada wartawan Astro Arena, Syen Yeoh: "Kalau kita lihat, Datuk Nicol baru sahaja bersara tetapi di Hangzhou, kita menghampiri pencapaian terbaik yang pernah kita peroleh selama ini.

"Sivasangari bermain di Amerika Syarikat dan dia sudah memberitahu saya sejak dari awal bahawa dia akan fokus sepenuhnya dan memberikan seratus peratus untuk temasya ini.

"Dia melalui perlawanan yang sukar, ia bukanlah permainan terbaiknya tetapi ia sudah cukup bagus untuk menang.

"Kami mendoakan perjalanannya pulang ke Amerika Syarikat berjalan lancar dan mungkin dia akan peroleh keputusan yang baik di sana juga," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video