Skip to main content

Hoki

Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki teruskan rentak cemerlang belasah Oman

malaysia-oman-hoki-sukan-asia.jpg
MALAYSIA 11 OMAN 1

Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak cemerlang dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila membelasah Oman 11-1 dalam aksi kedua Kumpulan B di Stadium Gongshu Canal Sports Park sebentar tadi.

Selepas meraih kemenangan bergaya 9-0 ke atas Thailand dalam aksi pertama hujung minggu lalu, The Speedy Tigers sekali lagi mendominasi penuh permainan dan berhasil menjaringkan 11 gol dengan Ashran Hamsani muncul pemain paling cemerlang menghasilkan gol hatrik, masing-masing pada minit ke-14, 30 dan 34.

Faizal Saari, Azrai Aizad Abu Kamal dan Razie Rahim turut menjaringkan gol berganda buat pasukan bimbingan Arul Selvaraj itu sambil Shello Silverius dan Najmi Farizal Jazlan turut memahat nama selaku penjaring.

Kemenangan itu meletakkan The Speedy Tigers di tangga teratas Kumpulan B dan akan menghadapi Indonesia bagi aksi ketiga pada Khamis ini.

 

Advertisement

Must Watch Video