Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Ng Eain Yow mahu tembusi 10 terbaik dunia skuasy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-eain-yow.jpg
Wira pingat emas perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow, meletakkan sasaran baru selepas merealisasikan misi pingat emas Sukan Asia Hangzhou dengan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.

"Untuk atlet, akan sentiasa ada sasaran seterusnya yang mahu dicapai selepas sesuatu kejayaan.

"Musim ini saya mahu mencapai kelompok 10 terbik dunia kerana sasaran pertama dalam Sukan Asia sudah pun tercapai. 

"Saya harap sebelum Jun tahun depan, saya sudah berada di ranking 10 terbaik," katanya yang menghadiahkan emas kelima kontinjen negara semalam.  

Pengurus skuad skuasy negara, Nafzahizam Adnan, mengganggap program latihan selama lima tahun sejak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 membuahkan hasil selepas skuasy menjadi penyumbang pingat emas terbesar kontinjen negara dalam edisi kali ini.



"Kami ada beberapa lagi atlet muda seperti Joachim Chauh yang mara suku akhir Kejohanan Remaja Dunia. Kami cuma perlukan dedahkan mereka dengan kejohanan profesional. 

"(Malaysia) tetap akan ada pelapis," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.



 

Advertisement

Must Watch Video