Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia Hangzhou: Atlet pelayaran, Asnawi Iqbal, butir pingat pertama kontinjen negara

asnawi-gangsa.jpeg
Atlet pelayaran, Asnawi Iqbal Adam, muncul pemenang pingat pertama kontinjen negara dalam Sukan Asia Hangzhou apabila memenangi pingat gangsa dalam acara Dinghy ILCA4 di Pusat Pelayaran NBX hari ini.

Asnawi Iqbal menamatkan perlumbaan ke-11 di tempat kesembilan dengan sembilan mata hari ini tetapi kedudukan mata keseluruhan menyaksikan dia menduduki tempat ketiga.

Ini selepas dia menyerlah dalam perlumbaan kesembilan dan ke-10 sebelum ini, di mana dia hanya meraih dua mata dalam kedua-dua perlumbaan berkenaan.
 

Advertisement

Must Watch Video