SUKAN LAIN
Sukan Asia: Bertrand Rhodict harap perbaiki terjunan sebelum ke Hangzhou
Lawatan Chef De Mission (CDM) Sukan Asia Hangzhou, Datuk Chong Kim Fatt, ke venue latihan sukan akuatik pada selasa menyaksikan atlet terus giat menjalani latihan sebagai persiapan.
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, berharap dapat menyesuaikan diri dengan darjah kesukaran baru bagi acara 10 meter platform individu dan berirama bersama gandingannya, Enrique Maccartney Harold dalam tempoh dua bulan.
Rhodict yang muncul penerjun pertama melaykakan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu mengimpikan pingat dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia.
Iklan
Sementara itu, Nur Dhabitah Sabri, meluahkan rasa rindu untuk bertanding dalam acara 10 meter platform, namun sama ada dia dapat menyertai acara tersebut bergantung pada tempoh pemulihannya.
Perenang negara, Phee Jinq En ingin lepas gian di Hangzhou selepas terpaksa membatalkan penyertaan di Kejohanan Akuatik Dunia Fukuoka, Jepun akibat mengalami penyakit kayap.
Must-Watch Video