Barisan kepimpinan baru Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) mendakwa wujud tindakan salah laku membabitkan mantan presiden badan induk itu, Datuk S. Subramaniam.
MASCA mempunyai peneraju baru bagi penggal 2018/2021 selepas Datuk Seri Megat Shahriman Zaharuddin dipilih sebagai presiden menggantikan Subramaniam yang tidak mempertahankan jawatan.
Dalam mesyuarat Jawatankuasa 11 Januari lalu, MASCA mendapati wujud aliran keluar perbelanjaannya yang diluluskan oleh Subramaniam.
Ia membabitkan tiga keping cek yang mempunyai tarikh berbeza dengan jumlah hampir RM15,000.
Timbalan Presiden MASCA, Datuk Michael Wong, menjelaskan pihaknya memberikan tempoh tujuh hari kepada Subramaniam untuk tampil memberi penjelasan sebelum kes itu dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin badan berkenaan.
"Kami mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Kami difahamkan pengeluaran ini dibuat oleh mantan presiden MASCA," kata Michael.
Sementara itu, MASCA meletakkan sasaran untuk memburu pingat dalam sekurang-kurangnya dua acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Filipina, hujung tahun ini.
Saingan di Teluk Subic itu bakal menampilkan tiga acara, iaitu kanu, kayak serta bot tradisional.
"Kami dalam proses pembincangan untuk mencari kaedah yang lebih sesuai. Buat tahun 2019, kami akan melakukan tapisan, pemilihan semula untuk membawa atlet ke Sukan SEA."