Pengurus skuad Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Tarmizy Mohammed, memilih Stadium Hoki Tun Razak sebagai venue baru pasukan The Lions bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) bermula Jumaat ini.
Susulan keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak meluluskan Stadium Hoki UiTM, Shah Alam kerana tidak berpuas hati dengan keadaan padang, The Lions terpaksa akur dan mencari gelanggang lain.
Juara Divisyen Satu 2018 itu sudah membuat permohonan menggunakan Stadium Hoki Tun Razak sebagai gelanggang mereka untuk LHM, sekali gus berkongsi venue dengan Tenaga Nasional Berhad dan TNB Tthunderbolts.
"Kami akan gunakan Stadium Hoki Tun Razak sebagai gelanggang skuad UiTM. Kami sudah mengesahkan tempahan tetapi masih berharap Stadium Hoki UiTM boleh digunakan," kata Ahmad Tarmizy.
Beberapa pegawai KHM tidak berpuas hati dengan padang Stadium Hoki UiTM, terutama di bahagian garisan D, yang menyaksikan pergerakan bola tidak lancar, sekali gus memaksa badan itu mengeluarkan arahan lebih awal untuk UiTM mencari venue lain.
"Selepas pemeriksaan semalam oleh pegawai teknikal, kami dapati mereka tidak membaiki kerosakan seperti dijanjikan. Jadi, kami terpaksa menghantar surat kepada UiTM dan gelanggang itu tidak akan digunakan tahun ini dalam saingan LHM," ujar Pengurus Pertandingan KHM, Brian Fernandez.