Pemain e-sukan Sri Pahang, Akmal Abdul Rafil, berjaya merangkul kejuaraan ePiala Malaysia setelah menewaskan pemain dari Kuala Lumpur (KL) City, Putera dengan keputusan 8-3, minggu lalu.
Akmal yang berjaya mara ke peringkat akhir selepas menewaskan pemain dari Sabah dengan keputusan 13-6 pada peringkat separuh akhir, tampil dengan penuh bergaya dalam aksi final hujung minggu lalu.
Pada perlawanan pertama, Akmal kelihatan sedikit goyah dengan segala corak permainan yang ditampilkan dan terpaksa akur tewas 2-1 kepada Putera.
Pada perlawanan kedua, Akmal sedikit agresif dengan melakukan serangan bertali arus kepada kubu gawang gol Putera dan berjaya 'comeback' untuk memenangi perlawanan itu 7-1.
Akmal dinobat juara dengan keputusan agreget 8-3, dia juga sah akan layak ke Pro World Championship Play-ins 2025.
Untuk rekod, Akmal merupakan finalis akhir dua tahun berturut-turut, pada 2024 dia terpaksa akur selaku naib juara selepas tewas kepada Buzzinho dari Selangor.