Skip to main content

E-Sukan

SRG.OG lancar jersi bertemakan 'dream again' sebelum ke Riyadh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srrohg.jpg
Selangor Red Giants (SRG) OG. Esports menuju misi pertahan mahkota kejuaraan saingan Mid Season Cup (MSC) 2025 sempena Piala Dunia Esports (EWC) di Riyadh, Arab Saudi.

Juara Liga Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia tiga kali berturut turut itu secara rasminya memperkenalkan jersi baru yang dikeluarkan khas sempena MSC 2025 nanti.

Apa yang mencuri tumpuan adalah tona warna jersi keluaran edisi khas ini yang berwarna putih krim disulami calitan warna merah kuning yang mewakili Selangor.





Selain pemilihan warna yang berbeza daripada kebiasaan, kualiti kain juga dipertingkatkan bagi tujuan keselesaan pemain ketika beraksi di atas pentas tanpa sebarang gangguan yang mampu merencatkan momentum dan fokus pasukan.

Jersi ini mengingatkan Kembali perjalanan selain misi dan visi SRG yang dikongsi sebagai satu pasukan pasukan apabila merangkul kejuaraan di Riyadh.

"Kali ini mereka hadir dengan naratif 'dream again', selain mentality baru. Ia adalah mimpi yang dibawa SRG ke Riyadh dan wajar dikongsi Bersama rakyat Malaysia." kata pengurus pembangunan atlet SRG.OG, Elli Famira.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video