Skip to main content

Bola Jaring

Sooka NSL: Wildcats, Jewels kekal kuasai kelompok teratas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-wildcats.png
Dua pasukan pilihan, KL Wildcats dan Johor Jewels, kekal mendominasi dua tangga teratas Sooka Netball Super League (NSL) selepas menewaskan lawan masing-masing di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Juara bertahan, Wildcats, meneruskan rentak cemerlang untuk memperoleh mata ke-12 daripada empat perlawanan dengan yang terbaru menewaskan Perak Phoenix 61-30.

Dalam pada itu, finalis edisi lalu, Johor Jewels, turut mengekalkan rekod bersih empat kemenangan daripada empat perlawanan dengan menewaskan Negeri Sembilan Venom 62-26.

Dengan itu, Wildcats kekal mendahului carta NSL dengan 12 mata dan hanya dibezakan peratusan jaringan dengan Jewels, yang turut menghimpunkan 12 mata maksimum.



Selangor Angels turut memberikan tekanan buat kelompok atasan berkenaan apabila menewaskan Melaka Mystic 61-39 untuk kekal berada di tangga ketiga dengan sembilan mata.

Satu lagi perlawanan pula menyaksikan Pahang Tulips melonjak ke tangga keempat dengan sembilan mata selepas menewaskan Kedah Sunshine 71-54.

Advertisement

Must Watch Video