Skip to main content

Bola Jaring

Sooka NSL: Tiket separuh akhir habis dijual dalam masa 45 minit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-wildcats.jpg
Pertembungan separuh akhir Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara, bakal sesak dengan penyokong selepas tiket habis dijual hari ini.

Perlawanan separuh akhir Sabtu ini menyaksikan Johor Jewels -- yang memenangi kesemua tujuh perlawanan liga -- dijadual menentang Pahang Tulips sementara juara bertahan, Kuala Lumpur Wildcats, akan menentang Selangor Angels dalam perlawanan 'derby' Lembah Klang.


 

Ia secara tidak langsung membangkitkan keterujaan peminat bola jaring apabila bergegas membeli tiket daripada TicketHotline yang mula dijual pada pukul 11:30 pagi tadi dan habis sebelum 12:15 tengah hari.

Disebabkan permintaan ramai, penganjur liga mengumumkan tambahan 100 tiket akan disediakan Jumaat ini, termasuk perlawanan penentuan tempat ketiga dan final pada Ahad juga akan dijual.

40 tiket separuh akhir yang lain pula diperuntukkan untuk pelanggan Pek Sukan melalui Astro Rewards.

 

Advertisement

Must Watch Video